Pengguna
  • 6.7
  •  
Softonic
  • 9
  •  
Lesen:
percuma
Bahasa:
Bahasa Inggeris
OS:
  • Windows 2000
  • Windows XP
  • Windows Vista
  • Windows 7
  • Windows 8
  • Windows 8.1
Versi terbaru:
2.1.22005-09-01
Muat turun bulan lepas:
1,216,309
Saiz:
25.27 MB
Pembangun:

Suit menyunting dan merakam audio yang menyeluruh

Untuk penyuntingan audio, guna sumber terbuka menakjubkan Audacity. Anda boleh merakam secara live, menukar rekod dan pita lama ke digital, potong, salin dan sambung fail dan banyak lagi. Versi ini sentiasa dikemas kini, dan walaupun ditandakan sebagai 'beta' ia sangat stabil.

Antara muka

Sama ada anda memilih siri stabil atau beta, Audacity tidak begitu menarik, dan sekali imbas mungkin kelihatan rumit. Walau bagaimanapun, dengan sedikit percubaan ia menjadi aplikasi yang sangat berguna.

Untuk bunyi live dan mendigitalkan media lama, anda perlu menyuap audio ke komputer anda melalui kabel. Audio masuk anda atau mikrofon sepatutnya sudah ditetapkan sebagai lalai, tetapi boleh didapati dalam Preferences. Rakaman semudah menekan butang merah pada antara muka Audacity.

Mudah digunakan

Yang membuatkan Audacity hebat dalam hal ini ialah rakaman suntingan benar-benar mudah, tidak sesukar beberapa aplikasi profesional! Menggunakan alat Highlight anda boleh memotong, menyalin, atau menambah kesan dengan cepat kepada bahagian-bahagian trek. Jika tersilap anda boleh undur semula seberapa banyak langkah yang anda suka, bermakna anda boleh mencuba tanpa takut rosak! Anda boleh menggunakan sehingga 16 saluran pada satu masa, ini keanjalan yang Audacity beri.

Menyunting MP3 dan lain-lain fail digital juga mudah. Seret ke dalam Audacity untuk membuka, dan kemudian lakukan apa yang anda suka dengannya. Mudah untuk memuat resap jelma atau resap lenyap, dan anda boleh menyimpan dalam sebarnag format yang anda suka. Audacity menyokong tag ID3, jadi anda boleh menambah semua data meta yang anda suka ke trek. Ada banyak lagi mengenai Audacity, dan yang bagusnya ia mempunyai dokumentasi yang lengkap, tersedia dalam talian atau untuk dimuat turun.

Kesimpulan

Audacity ialah alat suntingan audio percuma yang terbaik. Ia merupakan aplikasi yang amat berguna, sama ada untuk merakam secara langsung atau hanya mengedit fail audio. Walaupun antara mukanya kurang menarik, Audacity penting.

Bagus
  • Menyokong pelbagai format
  • Banyak kesan khas
  • Mudah belajar
  • Kesan boleh dipratonton dan dibatalkan dengan mudah
Tidak bagus
  • Reka bentuk antara muka hodoh

Muat turun: Paling Banyak Pelbagai format

  1. Audacity

    Suit menyunting dan merakam audio yang menyeluruh

  2. AIMP
  3. iTunes
  4. Virtual DJ
  5. Free Studio